Rabu, 8 Julai 2015

Saya akan tunjukkan resepi puding dan juga resepi resepi lain . :)

Puding coklat

Bahan-bahan

10g serbuk agar-agar(1 paket)
4 cawan air
1 cawan gula halus
1 sudu makan sebuk koko(dibancuh 1/2 cawan air dan  tapiskan)
1 liter susu coklat(4 cawan)

Cara membuat

Masakkan air dan serbuk agar-agar sehingga mendidih.
Masukkan gula halus dan bancuhkan koko.
Masakkan sehingga  mendidih seketika,tutupkan api.
Kemudian masuukkan susu coklat  dan kacau rata.
Tuangkan adunan ke dalam bekas dan sejukkan di dalam peti sejuk.
Selamat mencoba.


Puding strawberi

Bahan-bahan

1 liter susu kotak strawberi
2 liter air(10 cawan)
1 cawan gula halus
10g serbuk agar-agar(1 paket)

Cara membuat

Masakkan serbuk agar-agar, gula, dan air sehingga mendidih.
Apabila mendidih, tutupkan api.
Kemudian masukkan susu kotak strawberi dan kacau rata.
Tuangkan adunan ke dalam bekas dan sejukkan  di dalam peti sejuk.
Selamat mencoba.


Korang pernah tak dengar "puding sekelip mata"?

Puding sekelip mata

Bahan-bahan

1 mangkuk kecil puding manga
20 biji agar-agar sumi
1 tin susu cair.
1 liter jus oren(dalam kotak)
2 cawan yogurt perisa manga

Cara membuat

Keluarkan puding manga dan agar-agar sumi dari bekasnya.
Susun didalam mangkuk hiding. Tepikan.
Didalam mangkuk lain, campurkan susu cair, yogurt dan jus oren.
Tuangkan ke dalam  mangkuk yang berisi puding manga dan agar-agar sumi.
Sejukkan dan hidangkan.


Tarlet strawberi

Bahan-bahan
Bahan kulit:

290g tepung gandum
170g mentega
50g gula aising
1 biji telur gred C
1 sudu teh esen vanilla

Bahan hiasan

300ml krim segar 1 di putar sehingga kembang
strawberi secukupnya(dihiris)
manik gula secukupnya

Cara membuat

Putar mentega dan gula aising sehingga kembang
Kemudian masukkan telur dan esen vanilla.
Masukkan pula tepung gandum sedikit demi sedikit. Uli sehingga menjadi doh
Simpan di dalam peti sejuk selama 30 minatau semalaman.
Keluarkan doh dari peti sejuk dan tekankan ke dalam acuan tat.edikit. Cucuk sedikit menggunakan garpu . Bakar pada suhu 170*C selama 20 hingga 25 min.
Akhir sekali, paipkan krim putar dalam tat dan hiaskan dengan hirisan strawbaeri. Taburkan manik gula.